Assalamualaikum WBT
Salam Ukhwah...
Apa khabar iman kita pada hari ini? Semoga ALLAH Taala
meletakkan kita dalam kalangan orang yang senantiasa memelihara iman.
Sering kali kita mempunyai pemikiran biarlah sempurna
dahulu baru berkhidmat atau berdakwah. Pemikiran sebegini sebenarnya
memundurkan kita, malahkan menjadikan kita seorang muslim yang tidak produktif.
Tunggu alim dululah baru berdakwah, tunggu kaya dululah baru membantu, tunggu
masa lapang dululah baru itu baru ini. Kenapa tidak mulakan daripada sekarang? Perlukah kita menunggu sempurna
Tarbiyah adalah sesuatu yang berterusan dan dakwah perlu
berjalan seiringan dengannya. Andainya menunggu sempurna tidak akan semurna
kita sampai ke mati. Di dunia ini hanya ALLAH SWT yang sempurna, manusia cuba
mengejar kesempurnaan tetapi tiada kesampaiaan. Manusia hanya mampu menjadi
lebih baik daripada sebelumnya dengan izin ALLAH SWT. Tetapi, kita tidak menunggu
kesempurnaan untuk berdakwah, kita buat sekadar yang kita mampu namun kita
berusaha memperbaiki diri kita agar kita dapat meningkatkan kualiti dakwah
kita.
Lihatlah kepada sirah, adakah Nabi Muhammad SAW menunggu
Islam itu sempurna dulu baru hendak berdakwah? Adakah sahabat seperti Abu Bark
RA menunggu kesempurnaan Islam baru hendak berdakwah? Sesekali tidak, malah di
tangan Nabi SAW ramai yang memeluk Islam pada awal pengenalan Islam seperti
Khadijah binti Khuwalid, Abu Bakr RA, Ali bin Abi Talib dan ramai lagi. Uthman
bin Affan, Saad bin Abi Waqas, Abdur Rahman Auf dan lain-lain pula memeluk
Islam melalui tangan Abu Bakr RA. Adakah mereka-mereka ini menunggu sempurna
baru hendak berdakwah? Tidak, mereka mulakan dakwah dari awal dan sama-sama
mereka mengajak orang lain memperbaiki diri ke a rah kesempurnaan atau dengan
erti kata lain, berubah ke tahap yang lebih baik.
Dalam menuntut ilmu, apa yang kita dapat kita kongsikan
sekadar kefahaman kita. Jangan kita kedekut, jangan kita takut. Ilmu semakin
dikongsi semakin bertambah dan semakin kuat ia melekat di dalam diri kita. Andai
diberi peluang atau ruang untuk berkongsi ilmu, ambillah dan manfaatkan dengan
baik. Tidak perlu pandai untuk berkongsi ilmu cukuplah dengan usaha dan kerajinan
untuk menuntut ilmu. Pepatah menyebut `USAHA` tangga kejayaan bukannya `PANDAI`
tangga kejayaan. Ambil peluang, rebutlah peluang untuk berkongsi ilmu, andainya
ilmu kita memanfaatkan orang lain, maka kita juga turut berkongsi kebaikan yang
dia perolehi.
Begitu juga dalam soal memberi khidmat kepada masyarakat.
Jangan kita menunggu kaya, menunggu senang baru hendak kita membantu orang yang
memerlukan. Kekayaan dan kesenangan jika dikejar tiada pernah puas. Lepas satu,
satu, dan akhirnya dijemput Ilahi tanpa sempat membelanjakannya ke jalanNYA.
Mulakanlah dengan kecil-kecilan sekadar kemampuan kita kemudian sama-sama kita
tingkatkan. Hari ini kita bantu seorang, esok kita usahakan untuk dua orang.
Hari ini kita beri seringgit, esok kita usahakan dua ringgit. Perlahan-lahan
yang penting istiqomah. Bantuan kita
beri sekadar mampu kerana kita juga mempunyai komitmen lain yang memerlukan
masa, tenaga dan harta kita. Bukanlah dengan memberi bantuan kita mengabaikan
tanggungjawab yang lain. Seimbangkanlah antara satu sama lain. Kalau mampu
suruhlah kepada Jemaah, iaitu secara berkelompok. Dengan cara ini tidaklah kita
terasa terbeban dan kita juga dapat memberi ruang kepada orang lain untuk
melaksanakan kebaikan.
Sebenarnya, pada zaman sekarang banyak sangat ruang untuk
berbuat kebaikan, yang tinggal sama ada kita mahu atau tidak sahaja untuk
memanfaatkan ruang-ruang dan peluang-peluang itu.
Jangan kita bersikap tercela;
`dia tidak apalah, pandai, sebab itu boleh mengajar, dia tidak apalah kaya,
sebab itu boleh membantu, dia tidak apalah, alim sebab itu boleh berdakwah`.
Sampai bila kita hendak menunding orang??? Kita, apa yang kita dah buat?
Sekurang-kurangnya mereka telah berkhidmat, kita bila lagi? Ambil inisiatif
untuk bergerak daripada sekarang. Jangan tunggu orang jangan menunding orang.
Semuanya bermula dengan diri kita. Kita yang menentukan diri kita. Dan andainya
kita tidak mampu, janganlah menghalang orang lain membuat kebaikan. `Eleh, baru
setahun jagung naik dakwah aku. Cis, hidup pun melarat ada hati nak
menyumbang`. Sikap-sikap sebegini sebenarnya mematikan ruh-ruh keislaman.
Sekurang-kurangnya mereka mempunyai kesedaran untuk membuat kebaikan.
Kita yang `sempurna` ini bila lagi? Adakah kita masih
tidak tahap lama atau kita telah berubah? Tepuk dada tanyalah iman.
Semoga ALLAH SWT memberi kekuatan kepada kita untuk membuat
kebaikan sama ada tatkala senang mahu pun susah. DIA yang Maha PEMURAH lagi
PENGASIHANI. Sama-samalah kita melakukan kebaikan, mungkin nampak kecil disisi manusia,
tetapi di sisi ALLAH SWT, hanya DIA yang mengetahui.
`BERLUMBA-LUMBALAH
MELAKUKAN KEBAIKAN` sekali pun ianya hanyalah sekdar SENYUMAN untuk diri
sendiri.




No comments:
Post a Comment